Kawan.. biarlah sekadar kawan..

          Ada seorang lelaki dan seorang gadis. Mereka berdua hanya berkawan. Tapi dalam diam masing-masing menyimpan perasaan antara satu sama lain.

         Si lelaki tidak terlalu serius dengan perasaan itu,tetapi gadis itu yang melebih-lebih. Suatu hari, si perempuan bertanya kepada si lelaki tersebut.


"Bolehkah kawan bercinta dengan kawan?"


        Si lelaki terdiam seribu bahasa. Dia tidak dapat menjawab apa-apa. Takut jawapan yang diberikan bercanggah dengan apa yang diinginkan oleh si perempuan. 

       Si gadis hanya mampu tersenyum sedangkan dalam hatinya dia sangat kecewa kerana jawapan yang dia nanti-nantikan tiada jawapan.

       Persahabatan mereka berterusan seperti biasa. Mereka berlagak seperti kawan biasa, sedangkan di dalam hati masing-masing menyimpan perasaan sayang.

       Tetapi lelaki itu terlebih awal berfikir dan pandai membuat keputusan untuk menyayangi gadis tersebut sebagai kawan baik,

       Manakala si gadis sedang ragu-ragu untuk mengungkapkan kata-kata keramat yang bakal mengubah hidup mereka berdua.

Si gadis sentiasa mencari jalan untuk menjadi kekasih lelaki itu.Setiap hari gadis tersebut akan bertanya keadaan lelaki tersebut melalui orang lain dan mencari waktu terbaik untuk meluahkan perasaanya.











          Entah berapa lama, perasaan gadis itu semakin berputik dan berkembang bak bunga yang mekar di tamandan masih tetap menyimpan perasaan tersebut jauh di lubuk hati.

         Tidak lama kemudian, si gadis akhirnya memulakan langkah pertama. Biasa la, perempuan kan matang terlebih dahulu berbanding lelaki.. xD~

         Dengan perasaan yang malu-malu, si gadis bertanya kepada si lelaki. Dikumpul segala keberaniannya untuk bertanyakan satu soalan yang paling hebat dalam hidupnya selama ini.

"awak sayang saya? Siapa saya bagi awak?"

        Si lelaki terperanjat dengan soalan itu. Kepalanya berserabut memikirkan jawapan terbaik yang perlu diberikan.
       
        Sekiranya dia menjawab  'awak gadis yang saya suka', dia takut yang itu mungkin jawapan yang bakal memusnahkan persahabatan mereka.

        Lelaki itu juga khuatir mereka akan bermusuhan jika hubungan kekasih antara mereka tidak menjadi.

       Akhirnya dia menjawab dengan berkata 'awak adalah kawan saya' demi untuk terus menjaga persahabatan yang telah lama terjalin agar tidak terputus kerana dia takut perempuan itu nanti tidak menganggap dia sebagai lelaki yang disukainya dan dia juga malu untuk mengakui perasaan hati sendiri.
Sekurang-kurangnya bila dalam keadaan lingkungan persahabatan, hubungan mereka tetap akan terjalin.

       Tapi lain yang diharap lain pula yang menjadi. Si gadis kecewa dengan jawapan yang diberi oleh si lelaki. Dia menganggap yang si lelaki memang langsung tidak punya perasaan terhadapnya.
     
       Dia akhirnya hilang harapan terhadap lelaki yang disukainya itu. Baginya, status kawan tidak mungkin akan berubah sampai bila-bila lagi.

       Hubungan mereka berdua pun menjadi semakin kurang mesra kerana si gadis masih berkecil hati dengan si lelaki.

         Si lelaki perasan yang si gadis semakin menjauhkan diri daripadanya. Mereka masih berkawan, tetapi hubungan persahabatan itu nampaknya semakin dingin seiring masa berjalan. Masih adakah harapan untuk mereka bersama?

         Jika mereka ada jodoh dan ditakdirkan bersama,maka mereka mempunyai harapan itu.Itulah perkara yang telah difikirkan oleh lelaki tersebut selama ini.

         Tapi setiap gadis perlulah hati-hati kerana tidak semua lelaki sedemikian.

         Ingat ya,janganlah jadi orang yang melemparkan ikan segar kepada kucing.


Once you are friends, you will be friends forever. Not more , not less.

''Dan ingatlah ''Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (surga)."
 Surah an-Nur:26

unzur akhor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...