Ya Allah.. jadikan diriku setabah dirinya.. amin


Ya Allah.. Subhanallah.. 
bila melihat wajah beliau sahaja sudah menenangkan minda.. 
betapa saya dilahirkan islam ini masih lemah dan bertatih dalam dunia melihat erti ketabahan... dan kekuatan iman..
 mari kita baca sejauh mana perjalanan beliau mencari redha Ilahi.. 
Allah.. 
jadikan hatiku sekuat dan setabah hatinya,. 
walau hati dan diri ini tidak mampu untuk melangkau seteguh iman 
kekasihmu rasullullah.. 

semoga amalanku yg sedikit ini bernilai ibadah.. matikanku dalam iman ya Allah.. 




Subhanallah.... satu rekod dari Bosnia.

Senad Hadzic yang berasal dari Bosnia akhirnya berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan haji selepas dengan berjalan kaki selepas merentasi 7 buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

Beliau telah berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram..


Dia telah merentasi Syria yang bergolak pada bulan April lalu sejauh 500km dalam tempoh 11 hari termasuk melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pasukan pembebasan Syria tetapi dia beruntung kerana tidak pernah ditahan.

Di sebuah pos kawalan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkannya 
mengosongkan beg sandangnya. Apabila beliau menunjukkan al-Quran dan mengata bahawa dia berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan dia berlalu pergi.

Dalam perjalanannya, Senad Hadric pernah berhadapan dengan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria dan kepanasan yang mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Dia juga pernah menunggu di Istanbul, Turki selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain daripada menunggu selama dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. 


-hamba yg merinduiMU-

unzur akhor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...