bagai pungguk rindukan bulan

"♥" Bersegeralah Namun Tidak Tergesa-gesa "♥"

Jika kau mencintaiku krna ALLAH jangan dekati aku
Jika kau mencintaiku krna ALLAH jangan menggodaku
Jika kau mencintaiku krna ALLAH jangan merayuku
Jika kau mencintaiku krna ALLAH jaga izzahmu denganku
Jika kau mencintaiku krna ALLAH jangan menyentuhku
Jika Mencintaiku krna ALLAH jagalah hatimu dan hatiku agar tetap Mencintai-NYA

"☆"Jika Benar Ikhwan Itu Mencintaimu,,, "☆"

Dia tidak akan Menyentuhmu sebelum menikah dgnmu
Dia tidak akan Memanggilmu Sayang sebelum menikah dgnmu
Dia tidak akan Melihat Auratmu sebelum menikah dgnmu
Dia takkan menyebabkanmu Lalai dari menjadi Hamba ALLAH yg Baik

"ღ" Wahai Ukhti,,, "ღ"

inginku menyayangimu, tapi tak sekarang
inginku mencintaimu, tapi tak sekarang
inginku memilikimu, tapi tak sekarang Pasti Nanti suatu saat, dlm sebuah ikatan Suci yg di Ridhai oleh-NYA. krna jika kini ku penuhi keinginanku, maka aku akan menodai kasih putih Sang Ilahi dan menodai Cinta Sucimu ^__^

"♥" NANTIKANKU DI BATAS WAKTU "♥"





ilham dah datang!

Dengan nama Allah yg maha pengasih lg maha penyayang..
   
   Hari ni.. tak tau kenape rase macam nak tulis sesuatu yang santai.. yg tak terlalu berat macam post2 yg lepas.. hmm.. rase nak berinteraksi dgn pembaca macam cakap depan2.. ok tak wat post macam ni selalu? sape sutuju angkat kening.. hehe..
   
   Ok lah tak nak membebel panjang.. cume nak kongsi sikit pandangan.. korang (selambenye gune ayat ni) pernah rase tak tiba2 ade kesedaran dtg dalam diri.. kalau dah nama kesedaran.. mestilah perkara yg baik kan? haa.. seolah2 hidayah dah turun.. mesti korang ade doa lepas solat "Ya Allah. berilah hidayah padaku.." dalam solat pon korang akan sebut "tunjukkan kami jalan yg lurus" (surah al-fatihah).. betul tak?
tu samalah macam korang mintak petunjuk dari Allah untuk kehidupan seharian korang.. 
   
   Kata orang2 yg cantik akhlaknya.. yg baik2 disisi saya.. dorang cakap.. bila tersedar dari sesuatu tu.. atau tiba2 terfikir mengenai sesuatu yg baik.. yg boleh ubah diri kita dan org disekeliling kita jadi lebih baik.. itu samalah macam hidayah namanya.. petunjuk kata orang melayu.. he2
    
   Jadi jangan lepaskan peluang tu.. apa yg kita fikirkan tu terus kita cuba buat.. sebab takut bila kita lengah2 kan benda baik tu kita akan terlepas peluang tu.. kata org hidayah ni bukan turun selalu.. hidayah dan petunjuk yg Allah berikan pada hamba yg kerdil macam kita ni selalu dalam bentuk ilham.. Jadi.. ilham yg baik.. akal yg waras.. tindakan yg bijak akan tentukan masa depan kita yg lebih gemilang, cemerlang, terbilang gitu.. cewah! hi2

   Makanya.. apa2 yg kita rasakan baik buat cepat2.. peluang datang sekali.. ingat! tak baik lengah2 kan masa.. lambat2 kan kerja.. Allah tu Maha Melihat. Biar Allah yg menilai sajauh mana pekerjaan baik yg kita nak buat tu.. Manusia memang sejak azali lagi ada yg dengki..merendah2kan org lain dan sebagainya.. buat apa kita tengok pandangan manusia? bukan dorang boleh jamin masa depan kita macam mana kan? kita yg tentukan masa depan kita.. 

    So.. biar apa org kata.. asalkan kita buat yg terbaik untuk diri kita.. kalau ada orang tegur kita untuk kita jadi lebih baik tak apa.. tapi kalau ada orang tegur kita untuk jatuhkan kita.. kita terasa hati dan sebagainya.. lebih baik buat tak tau je semua tu.. hu2..

   Ok.. tu je nak cerita kat sini untuk post kali ni.. akhir kata Do what ever you want to do.. asalkan tau yg perkara tu baik dan membawa keredhaan Allah pada diri kita.. ingat! jangan lambat2 kan perkara yg baik.. peluang datang hanya sekali..

ok.. Assalamualaikum semua.. sayonara'.. ^_^


JOM INGAT ALLAH..

   
   

doa imtihan/exam/peperiksaan




- Doa memulakan ulangkaji

iاَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”



- Doa selepas mengulangkaji

iاَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.



”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:


1. Ketika memasuki dewan peperiksaan

:وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانً
ا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


2. Ketika menerima kertas soalan

:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


3. Ketika sukar menjawab

:ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.” 

4. Atau:اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

.Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”


5. Jika anda terlupa jawapan

:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ

.Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku




unzur akhor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...