motivasi 1 : Ubat hati..

    




    Sedar atau tidak ramai di antara kita tidak mempunyai ketenangan hati. Ini kerana mereka mencari ketenangan tidak pada sumbernya. Di anggapnya harta memberi ketenangan, maka diburunya harta, akhirnya harta itu jugalah yang merungsingkannya. Diburunya pangkat, disangka pangkat memberi ketenangan padanya, rupanya, dengan pangkat, lagi tidak tenang, lantaran takut pangkatnya hilang.

     Inilah manusia. Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa Allahlah pemilik ketenangan dan Dia hanya memberikannya pada hati orang yang beriman. Mari kita renung, kesilapan mencari tenang dan bagaimanakah ubatnya.



1. Ramai orang mencari ketenangan dengan sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka melihat keaiban orang lain, tidak redha. tidak bersyukur dan sebagainya, tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada sifat mazmumah itu ketenangan. Ubat bagi hati seperti ini ialah dengan menanam dan menyuburkan sifat mahmudah

2. Ramai orang mencari ketenangan dengan melakukan maksiat seperti bergaul lelaki perempuan, mendengar muzik dan sebagainya. tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada maksiat itu mendatangkan ketenangan. Ubat bagi sikap seperti ini ialah dengan menggantikan setiap maksiat dengan ketaatan

3. Ramai orang mencari ketenangan dengan memperbanyakkan harta yang tidak tahu apakah sumbernya, hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada harta yang haram itu mencukupkan. Ubat bagi hati tamakkan harta sehingga terlibat dengan yang haram ialah dengan mencari dan berusaha kepada harta yang halal

4. Ramai orang merasa puas jika bersikap bongkak dengan manusia. Jika dia berpangkat, boleh tengking orang, boleh arah orang dengan kasar dan dia seolah-olah rasa puas sedangkan Allah tidak akan menjadikan pada kesombongan itu kemuliaan. Ubat bagi penyakit ini ialah melatih hati supaya sentiasa tawadhuk.

5. Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar. Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran

6. Ramai orang yang cuba mencari kepuasan dengan dunia, dicubanya berbagai aktiviti supaya hatinya puas sedangkan Allah tidak menjadikan pada cinta dunia itu kepuasan, ubat bagi hati yang demikian ialah memperkukuhkan hati mencintai Allah. Dua cinta tidak akan duduk di dalam satu hati. Jika seorang telah mencintai dunia, maka cinta Allah payah ingin dirasakan.

7. Ramai orang yang merasa puas jika dia marah-marah sedangkan Allah tidak menjadikan pada marah itu hikmah. Ubat bagi hati dan lidah yang marah ialah menanamkan cinta akhirat. Dengan demikian, rasa tidak puas hati pada dunia akan kurang.

Demikianlah beberapa keadaan hati dan ubatnya, semoga memberi manfaat kepada kita semua, amin..



                                                               http://www.ustazamin.com

tips khusyu' dalam solat..

Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama (maksud Hadith)

Oleh kerana, solat itu wajib, maka mempelajarinya juga wajib. Oleh kerana mempelajarinya wajib, maka orang yang mampu untuk mengusahakan untuk mengajarnya juga wajib berbuat demikian.




Semoga post ini dapat memberi panduan kepada umat Islam sekalian untuk mencari ketenangan dan khusyuk dalam solat. Saya bukanlah pakar, tapi dengan ilmu yang saya dapat ini saya ingin kongsikan dengan semua semoga kita mendapat manfaat di dunia dan syafaat di akhirat kelak. :)
 1. Mendirikan sembahyang pada awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak terlalu tergopoh gapah apabila masa hampir habisnya waktu sembahyang itu.
2. Hendaklah kita menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
3. Untuk menjauhkan pemikiran tidak meliar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, pengertian bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Hal ini kerana, bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang mendalam, halus yang patut diketahui oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat hendaklah dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi/fokus (Khudunul Qolbih), menyedari bahawa Allah sedang memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah S.W.T., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah S.W.T.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah S.W.T menerima solat dan amal kita.
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Mendirikan sembahyang secara berjemaah (sangat digalakkan).
10. Mengambil wuduk dengan sempurna (ambillah perkara yang sunat sekali).


11. Membesarkan Allah S.W.T dalam solat, merasakan kehebatan Allah S.W.T dalam solat.
12. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. Serta elakkan penggunaan sejadah yang mempunyai lambang salib, kadang-kadang ia mengelirukan.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan,kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari. Sah sembahyang itu, jika kita melihat tempat-tempat lain. Cumanya, pahala akan berkurang dan orang di sekeliling akan mula pelik, dan tertanya-tanya. Mungkin cabaran buat yang sedang sembahyang, tiba-tiba digigit oleh nyamuk.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Sebolehnya elakkan memakai pakaian yang bergambar,berwarna-warni, bertulis, ada lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Contohnya,”Eh, baju Machester United tuh, kira satu geng dengan aku tuh”. Kan dah hilang fokus!!
-Khusyuk tidak dapat diperolehi sekiranya :
1. Gerakan solat terlalu pantas.
2. Membaca terlalu cepat.
3. Tidak fokus pada perbuatan.
4. Tidak fokus pada pembacaan.
5. Niat ingin segera menghabiskan solat.


proses gugurkan anak?? kejamnyaaa!!

Mohon keterbukaan minda dan muhasabah dengan sebaiknya apabila membaca artikel ini.hilangkan suuszon hitam anda. tidak ramai remaja yang tahu dan sedar. kerana di mata pelaku maksiat, smuanya dilihat indah2 belaka. peringatan dan azab Allah ditolak ketepi.ini hakikatnya.. nak tak nak inilah realiti yang berlaku sekitar kita.. orang tahu sedap nk buat, tp tidak tahu pun sakit selepas itu.

Bila tengok cara doktor gugurkan bayi ni, adakah anda masih terdetik nak buat abortion..? 
mari kita lihat..



jom kita tengok alat apa yang digunakan doktor untuk pengguguran.



Firstly, doktor akan guna jarum ini dan memasukkannya ke faraj anda untuk menyuntik air yang berlarutan garam bagi melemaskan bayi. ini baru mukaddimah, adakah anda masih rasa abortion tak sakit?


seterusnya, doktor akan gunakan speculum ni untuk membuka lubang faraj dengan lebih luas dengan bukaan seluas 10 cm. (nak tengok sebesar mana..? sila check pembaris sekarang.)


masukkan macam ni... skru akan diputar2 dan faraj akan terbuka sedikit demi sedikit siap terkoyak lagi.. pedih.. anda rasa  belom sakit lagi?


ditambah pula untuk mengeluarkan janin, doktor yang baik hati itu menggunakan Cannulatube iaitu vakum yang sedutannya berkali ganda lebih kuat dr vakum biasa. tin biskut pun tak sampai 5 saat dah remuk dikerjakan vacum ni.. kalau tin biskut boleh remuk, rahim yang berorgan lembut itu apatah lagi.??



selepas habis janin2 tersebut disedut vacuum yang canggih itu, sisa2 janin yang tertinggal akan dikeluarkan menggunakan alat ini..

untuk pengetahuan kalian, ini bukanlah pemicit jerawat yang slalu dijual dikedai2 runcit apatah lagi pengorek telinga.. alat ini adalah pengorek janin..hujungnya tajam seperti pisau dan dinding rahim si penggugur seni akan disiat2 menggunakan pisau mini ini..sisa2 janin yang tertinggal di rahim akan dikikis dan dikikis berkali2 seperti mengikis isi kelapa muda.

itu sekiranya janin masih kecil. tetapi sekiranya janin sudah membesar..cara ini digunakan..


sekali lagi saya ingin tegaskan, ini bukanlah pengepit kuih yang selalu digunakan makcik2 yang jual kuih pagi2 tu.. alat ini dinamakan forsep, dan fungsi forsep adalah seperti ini..


adakah cara ni tidak sakit..? risiko maut untuk anda lebih tinggi. bila2 masa sahaja nyawa akan melayang.. dan sudah tentu, rahim anda still akan dikikis oleh pisau tajam currette.

''eleyh.. xpelah, try guna kaedah tradisional, lebih jimat and senang..''

abortion kaedah moden kan mahal maka slalunya kaedah tradisional akan digunakan.dan anda akan berhadapan dengan ini..


batang ubi kayu yang hujungnya ditajamkan dimasukkan ke dalam faraj anda..dan batang kayu yang tajam itu akan di masukkan dan diputar2 kan di dalam rahim anda. masa yang diambil agak lama.,Kaedah tradisional ini mengundang risiko maut yg sgt tinggi dan bila2 masa sahaja nyawa akan ditarik dan sempatkah anda untuk bertaubat ketika itu?



wahai penggugur bayi, anda memang KEJAM!


unzur akhor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...