one break heart??



Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang







kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.”
kata pepatah " bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi" 
Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayangDunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.
Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya.
Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang.
Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan.

MENYINTAI SESEORANG TAPI TIDAK BERBALAS

Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Alangkah indahnya jika orang yang kecewa cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.
Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan.
Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.”
Filosof = Tokoh Sejarah
Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir dan renungkan..
Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir, barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat,
“Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!”
Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan.
Kecewa cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!
Ya, pada waktu ‘terkena’ dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!
Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada.
Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.

unzur akhor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...