Ammar si bidadara syurga..


Dia.. As-Syahid Ahmad Ammar bin Ahmad Azam..

Mungkin ramai yang tertanya2 siapa pemuda yang dimaksudkan..
video dan kisah berkaitan Ammar banyak dikongsikan di laman-laman sosial..
ketika cerita dan video tentang dirinya berlegar, Ammar merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya sudah kembali ke Rahmatullah, 2 November lalu di sana..

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi..

Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn..
Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana..

Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sana..

ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke  kubur..
Sedangkan Ammar, cuma salah seorang penuntut Malaysia yang berada di sana..

ahhh.. beruntungnya dia...









Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat mahu mati syahid di Syiria..
Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang..
Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi..

Dan aku.. disini.. pukul 2 pagi jordan. masih belum boleh melelapkan mata.. 
hari lahirku 20 november.. usai pulang dari kuliah, kulihat wall notification facebook.. penuh dengan cerita syahidnya ammar.. bagiku.. alahh.. dia mungkin insan biasa yg punya anugerah luar biasa.. ku buka cerita lain.. kubiarkan wall fb ku penuh dgn cerita dia.. tapi, makin ku biar, makin banyak pula.. seolah-olah meronta2 menyuruh aku melihat sebentar... 

setelah ku baca.. aku terdiam tak terkata.. Termenung seketika.. benarkah dia yg syahid itu hanya seorang pemuda biasa? yg umurnya hampir sebaya.. malah lebih muda.. tp dia lebih dulu merasa bahagia.. dipilih menjadi ahli syurga.. lantaran dirinya yg begitu merindui si bidadari dan syahid di jalanNYA.. dan umurku yg makin tua.. apa jasaku pada agama? keluarga, masyarakat? yg boleh membawa aku kesana?

aku juga perindu bidadara.. tapi kenapa aku belum terpilih seperti dia? adakah belum tiba masanya? atau diriku terlalu banyak dosa.. lantas belum layak menjadi tetamu syurga? 

jenuh ku berfikir.. ku akui aku hanya manusia.. terlalu banyak dosa.. hak2 yg belum tertunai.. hutang yg belum langsai.. dan.. amalanku yg belum cukup menjamin aku menjadi seperti dia.. mungkin.. belum tiba masanya.. 

dia sudah menjadi bidadara.. disamping bidadari yg cantik jelita.. dan aku terus mengumpul doa.. dgn amalan yg tak seberapa.. aku sangat merindui dia.. si bidadara syurga.. 

ya Allah ku mohon andai tiba masanya.. akhiri aku ketika aku dlm sujud kepadamu.. ketika aku beriman kepadamu.. ketika sudah terhapus dosa2 ku.. agar aku bisa menghirup haruman taman syurga bersama si bidadara.. aminnn.. 



"Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini, aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. İnnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini.
Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!"


unzur akhor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...