manusia dan kecewa

            Bila berkata tentang kecewa, saya ingin bertanya manusia mana yg tak pernah kecewa? Tak kesahlah kecewa dari sudut apa pun, kecewa pada diri sendiri, kecewa pada orang lain contoh : kawan, pasangan, ibu bapa, keluarga dan sebagainya. Kita mesti pernah merasa kecewa. Orang gila je yg tak pernah rasa kecewa.. :) jadi, adalah normal bagi kita manusia biasa ciptaan Allah ini merasa kecewa.

          Tapi.. kecewa jenis apa yg kita alami.. sejauh mana kita kecewa itu yg membezakannya.. persamaannya pula ialah ia mesti datang dari diri dan hati kita sendiri..

          Ada sebuah kisah yang dinukilkan oleh Dr Aidh Al-Qarni dalam bukunya, La Tahzan. Kisah seorang soleh memberikan makanan kepada orang buta. Ketika mengetahui hal itu, keluarga orang yang soleh itu pun berkata kepada orang soleh itu, “Bukankah orang buta itu tidak mengetahui apa yang dimakannya?”
         Jawab orang soleh itu, “Tapi, bukankah Allah mengetahuinya?”
         Seringkali kita katakan orang lain tak kan memahami perasaan kita, orang lain tau bercakap sahaja, yg merasai derita kecewa itu diri kita. Kita merasakan bila kita kecewa, tinggal lah diri kita keseorangan tanpa sesiapa disisi. Tapi kita lupa yg kekecewaan itu sebahagian dari ujian dariNya. Pemilik hati kita..
          Hidup umpama roda. Aturan tuhan adakala kita dibawah dan kemudian kita diatas, berpusing-pusing mengikut acuan takdir. Dalam hidup sering kita meletakkan target yg terlalu tinggi untuk mencapai kemahuan.. kemahuan untuk org lain atau untuk kepuasan diri kita. tanpa memikirkan kesudahannya tuhan yg menentukan.. seperti konsep tawakkal atau berserah diri pada ketentuan Allah..

           Sememangnya kita harus berusaha sehabis mungkin mengikut keupayaan diri kita. Tapi kita juga harus  memikirkan andai kesudahannya bukan seperti yg kita pinta. Bukan untuk kita berburuk sangka. Tapi untuk kita berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Bila kita bersedia dari segala sudut  jasmani dan rohani. Jiwa kita akan bersedia dgn dugaan atau cubaan yg bakal kita hadapi.
           Andai kita berharap pada manusia dalam hidup kita, sememangnya kita sentiasa akan rasa kecewa. Kerana manusia memang takkan pernah puas dgn hdupnya. Hari ini mungkin dia inginkan lain dari kita, esok atau lusa dia inginkan yg lain pula dari kita. Kita takkan pernah berjaya memuaskan hati semua org.
           Ketenangan, kepuasan dan kemahuan mereka mungkin hanya sementara. Boleh jd harini dia gembira dgn kita, kerana pencapaian kita, tapi andai esok dan lusa kerana satu kelemahan dia menyisihkan kita, mungkin kita akan menyimpan rasa dendam dan kecewa di lubuk hati kita.

          Letaklah pengharapan kita hanya pada Allah, kerana bila pergantungan kita pada Allah, keyakinan kita yg Dia sedang memerhatikan apa yg kita lakukan, Dia akan memberi ganjaran pahala disebaik keikhlasan kita, Dia memberi ujian kerana cintaNya pada kita. Semua yg kita lakukan biarpun kesudahannya pelbagai, percayalah Allah itu Maha penyayang. 
         Maafkan segala kesalahan org kerana bila hati dibalut dendam jiwa akan menjadi resah dan kerisauan. maka ketika itu Syaitan pun senang membisikkan hasutan kekecewaan dan dendam berpanjangan. Kemudian berlakulah kejadian yg tak diinginkan.
        Maka, teruslah mencari kebahagiaan. Putaran roda kehidupan perlu diteruskan selagi nyawa dikandung badan. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian. Semua yg terjadi biarlah pandangan Allah sebaik-baik penilaian. Tiada satu pun didunia ini terlepas dari hitungan dan pandangan Allah, percayalah pada hari pembalasan. Bila hati sudah terpaut dgn takdir Allah. InsyaAllah apa yg kita kerjakan akan dipermudahkan. 
Firman Allah s.w.t. :
“Sesungguhnya kami memberikan makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.” [Al-Insan : 9]
Firman Allah s.w.t lagi:
Sesungguhnya " ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

(Al-Baqarah: 286)

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu 

tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu 

tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” 

(Al Baqarah: 216) 

Dr Aidh Al-Qarni menyebutkan dalam bukunya La Tahzan :
“Jangan bersedih ! Tidakkah anda memperhatikan bagaimana awan yang hitam itu tersingkap terang, malam yang demikian pekat menjadi terang benderang, angin yang sedemkian kencang itu mendadak menjadi tenang, dan angin puyuh itu tiba-tiba terhenti? Semua itu menandakn beban hidup anda yang seberat apapun dapat hilang dan berubah menjadi kebahagiaan. Bahkan, kesengsaraan hidup anda pun pasti akan berakhir pada kehidupan yang aman, tenteram, dan menjanjikan masa depan yang gemilang.”

          Bertenanglah menghadapi saat sukar. kembalilah ke jalan yg diredhai Allah. Percaya yg Allah akan memberi ganjaran disebalik kesabaran. Dan yakin suatu hati nanti akan ada kebahagiaan disaat yg kita tidak sangkakan.


kisah awal muharram

Dunia baru.. azam baru.. tekad baru.. cita2 baru.. 
semua kena baru.. dan kearah yg lebih baik dan berkualiti..
ramai anak remaja masa kini (termasuk saya) lupa pada hakikat bulan muharram ni..
betul tak? bila ditanya tentang bulan muharram..
masing2 baru nak terfikir dan cuba imbas kembali sejarah disebalik bulan muharram..
dek kerana nama bulan dalam bahasa arab..
maka ramai lagi yang masih keliru..

muharam tu bulan apa ye? kenapa nama muharram?  

mungkin masih keliru dengan nama2 bulan dalam kalendar islam..
ramai yang tahu bulan syawal.. ramadhan..
Ohh.. bulan tu kena puasa.. yeayy!!! lepas penat puasa boleh sambut hari raya!!

tapi bila sebut nama bulan islam yang lain..
semua terkedu.. ada apa dengan bulan2 tersebut? 
kalau bulan januari, mac, april tu tau la..
sebab seharian kita didedahkan dengan kalendar orang putih ini.. 
cuba kalau kita didedahkan dengan kalendar islam.. 
mesti kita semua akan sentiasa ingat tarikh dalam bulan islam.. sejarah yang berlaku..
termasuk tarikh lahir kita sendiri! why not kan?

nak ceritanya disini..
ramai dikalangan kita yang masih belum menyedari kepentingan kalendar islam ini..
bila disebut new year..
semua orang tersenyum ceria..

yeayyy!!!!!! cuti!!!!!!!
''kena beli baju baru ni.. kasut baru.. beg baru.. tukar kereta baru..''
dan sebagainya..

Antara fungsi tahun baru biasanya :-
-untuk meraikan betapa bertuahnya kita dapat meraikan tahun baru.. 
''boleh tengok bunga api.. boleh pergi dataran merdeka..''
-untuk meraikan panjangnya umur kita dari mereka yang dah mendahului kita berjumpa tuhan yang Esa..
''panjang lagi umur aku.. masih boleh enjoy..''
-untuk meraikan yg kita dah semakin matang, dan meningkatnya umur..
-tak kurang juga hanya sekadar untuk meraikan hari cuti satu dunia..
''boleh lepak dengan kawan2...''

hmm.. 
apa kata tahun ini kita lainkan sedikit..
kita baca sejarah awal bermulanya jejak kalendar islam dan sebarkan pada orang lain.. 
mungkin sedikit informasi ini berguna bagi mereka yang masih belum faham dan tahu kewujudan kalendar islam ini..



jom jelajah sekejap..

Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam.
 Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam.

Kalendar ini berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.
Dalam takwim Hijrah, ada 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah.
Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.

Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula selepas anak bulan (hilal) kelihatan ketika matahari terbenam.
Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan itu, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari itu dikira sebagai hari yang ke-30.
Pencerapan atau rukyah itu haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya di hadapan pemimpin negara.

Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Kab ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah SAW.
Peristiwa ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab adalah titik tolak perubahan takwim hijrah yang mana Khalifah Umar mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.
Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Dalam perbincangan itu, pendapat 'Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam. Mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.

 Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asy’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.

Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.
Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.

Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.

Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.

Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang.
Tetapi hari menurut syarak yang diberi definisi oleh fuqaha' dimulai dengan terbit fajar sadiq sehingga jatuh matahari.
Pada zaman sekarang, menurut orang Eropah, hari dimulai pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam berikutnya.

INFO 
Orang Arab menamakan lima bulan dengan nama musim walaupun ia tidak lagi tepat seperti dialami sekarang. 
Contohnya, Ramadan yang berasal daripada al-Ramada' bermaksud sangat panas, tidak selalunya jatuh pada musim panas. 

Begitu juga dua Jamad (Jamadilula/Jamadilawal dan Jamadilakhir) tidak selalunya jatuh pada musim sejuk walaupun Jamad bermaksud beku.

Muharam pula dinamakan demikian kerana salah satu bulan yang diharamkan berperang. Manakala Safar pula ertinya kosong, kerana isi negeri menjadi kosong disebabkan penduduknya keluar berperang selepas Muharam.

Rabiulawal dan Rabiulakhir dinamakan demikian kerana kedua-duanya jatuh pada musim bunga (Rabi') waktu nama itu diberikan. 
Rejab pula ertinya bulan yang dihormati kerana mereka menghormatinya dengan meninggalkan peperangan. Sehubungan itu, ia termasuk di dalam salah satu bulan haram. 

Syaaban (bercabang) pula mendapat namanya kerana kabilah-kabilah Arab berpecah dan bercabang untuk berperang selepas duduk diam pada bulan Rejab. 
Dinamakan bulan Syawal kerana pada bulan itu unta mengangkat ekornya kerana hendak mengawan, berasal daripada akar kata syala (mengangkat). 

Zulkaedah ertinya duduk, iaitu bulan yang mereka duduk di rumah tanpa peperangan. Zulhijjah pula diambil namanya daripada perkataan hajj (bulan Haji). 

Perbezaan jarak antara tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah 622 tahun, tetapi jarak perbezaan ini semakin berkurangan sedikit demi sedikit. 
Ini kerana setahun Hijrah qamariyah mengandungi 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat.
 Sedangkan setahun Masihi shamsiyah mengandungi 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat dan perbezaan keduanya ialah 10, 11 atau 12 hari dalam setahun, iaitu terpulang sama ada salah satu atau kedua-duanya tahun kabisah. 
Dengan kiraan ini jelaslah bahawa setiap 33 tahun Hijriyah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi. Oleh itu tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertemu atau sama harinya pada setiap lebih kurang 33 tahun sekali. 

ini pula link untuk menukar tarikh lahir anda yg biasa ke dalam bulan islam..


kucing.. haiwan kesayangan nabi..

Assalamualaikum semua..
dah lama tak post pape.. 
tiba2 terasa nak post cerita tentang haiwan bernama kucing..

the cute cat
nme kucing ni suding.. beratnye 10 kilo.. tomey kan..


hmm.. kalau nak tau.. nabi Muhammad S.A.W pon ada kucing tau..
kucingnya bernama Mueeza..
Setiap kali Nabi SAW menerima tamu di rumah, baginda selalu menggendong Mueeza dan letakkan di atas pahanya.


Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi suka ialah :
Mueeza selalu mengeoww sewaktu mendengar azan, seolah-olah mengikuti lantunan suara azan.
Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan mestilah seperti menyayangi keluarga sendiri.


Pernah suatu hari, Nabi hendak mengambil jubahnya, Muezza sedang tidur di atasnya.
Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak mengejutkankan Muezza.


Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk kepada Baginda..
 Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut badan kucing itu.

Haaa.. mesti ramai yg tertanya.. kucing dan bulunya tu najis ke?
Jawapannya :
Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. 
Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.


Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perliharaan),"
[HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah]


Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.
Lalu, baginda berkata, "Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana."
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.
Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana (bekas minum). Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.


Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, baginda menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur.
Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat.
Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpannya.


Sayangnya, setelah Aisyah selesai solat, ia lupa pada buburnya.
Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang peliharaan." 
Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain..
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat..
dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka..

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, 
Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah
(bapa kucing jantan)
kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.

 Oleh itu kucing digelar binatang yang badan, bulu, bekas dari sisa makanannya adalah suci. 
Demikian kisah tentang kucing Nabi Muhammad SAW Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih sayangnya Rasulullah terhadap haiwan.

Ya Allah.. jadikan diriku setabah dirinya.. amin


Ya Allah.. Subhanallah.. 
bila melihat wajah beliau sahaja sudah menenangkan minda.. 
betapa saya dilahirkan islam ini masih lemah dan bertatih dalam dunia melihat erti ketabahan... dan kekuatan iman..
 mari kita baca sejauh mana perjalanan beliau mencari redha Ilahi.. 
Allah.. 
jadikan hatiku sekuat dan setabah hatinya,. 
walau hati dan diri ini tidak mampu untuk melangkau seteguh iman 
kekasihmu rasullullah.. 

semoga amalanku yg sedikit ini bernilai ibadah.. matikanku dalam iman ya Allah.. 




Subhanallah.... satu rekod dari Bosnia.

Senad Hadzic yang berasal dari Bosnia akhirnya berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan haji selepas dengan berjalan kaki selepas merentasi 7 buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

Beliau telah berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram..


Dia telah merentasi Syria yang bergolak pada bulan April lalu sejauh 500km dalam tempoh 11 hari termasuk melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pasukan pembebasan Syria tetapi dia beruntung kerana tidak pernah ditahan.

Di sebuah pos kawalan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkannya 
mengosongkan beg sandangnya. Apabila beliau menunjukkan al-Quran dan mengata bahawa dia berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan dia berlalu pergi.

Dalam perjalanannya, Senad Hadric pernah berhadapan dengan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria dan kepanasan yang mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Dia juga pernah menunggu di Istanbul, Turki selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain daripada menunggu selama dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. 


-hamba yg merinduiMU-

motivasi 1 : Ubat hati..

    




    Sedar atau tidak ramai di antara kita tidak mempunyai ketenangan hati. Ini kerana mereka mencari ketenangan tidak pada sumbernya. Di anggapnya harta memberi ketenangan, maka diburunya harta, akhirnya harta itu jugalah yang merungsingkannya. Diburunya pangkat, disangka pangkat memberi ketenangan padanya, rupanya, dengan pangkat, lagi tidak tenang, lantaran takut pangkatnya hilang.

     Inilah manusia. Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa Allahlah pemilik ketenangan dan Dia hanya memberikannya pada hati orang yang beriman. Mari kita renung, kesilapan mencari tenang dan bagaimanakah ubatnya.



1. Ramai orang mencari ketenangan dengan sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka melihat keaiban orang lain, tidak redha. tidak bersyukur dan sebagainya, tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada sifat mazmumah itu ketenangan. Ubat bagi hati seperti ini ialah dengan menanam dan menyuburkan sifat mahmudah

2. Ramai orang mencari ketenangan dengan melakukan maksiat seperti bergaul lelaki perempuan, mendengar muzik dan sebagainya. tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada maksiat itu mendatangkan ketenangan. Ubat bagi sikap seperti ini ialah dengan menggantikan setiap maksiat dengan ketaatan

3. Ramai orang mencari ketenangan dengan memperbanyakkan harta yang tidak tahu apakah sumbernya, hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada harta yang haram itu mencukupkan. Ubat bagi hati tamakkan harta sehingga terlibat dengan yang haram ialah dengan mencari dan berusaha kepada harta yang halal

4. Ramai orang merasa puas jika bersikap bongkak dengan manusia. Jika dia berpangkat, boleh tengking orang, boleh arah orang dengan kasar dan dia seolah-olah rasa puas sedangkan Allah tidak akan menjadikan pada kesombongan itu kemuliaan. Ubat bagi penyakit ini ialah melatih hati supaya sentiasa tawadhuk.

5. Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar. Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran

6. Ramai orang yang cuba mencari kepuasan dengan dunia, dicubanya berbagai aktiviti supaya hatinya puas sedangkan Allah tidak menjadikan pada cinta dunia itu kepuasan, ubat bagi hati yang demikian ialah memperkukuhkan hati mencintai Allah. Dua cinta tidak akan duduk di dalam satu hati. Jika seorang telah mencintai dunia, maka cinta Allah payah ingin dirasakan.

7. Ramai orang yang merasa puas jika dia marah-marah sedangkan Allah tidak menjadikan pada marah itu hikmah. Ubat bagi hati dan lidah yang marah ialah menanamkan cinta akhirat. Dengan demikian, rasa tidak puas hati pada dunia akan kurang.

Demikianlah beberapa keadaan hati dan ubatnya, semoga memberi manfaat kepada kita semua, amin..



                                                               http://www.ustazamin.com

unzur akhor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...