kisah awal muharram

Dunia baru.. azam baru.. tekad baru.. cita2 baru.. 
semua kena baru.. dan kearah yg lebih baik dan berkualiti..
ramai anak remaja masa kini (termasuk saya) lupa pada hakikat bulan muharram ni..
betul tak? bila ditanya tentang bulan muharram..
masing2 baru nak terfikir dan cuba imbas kembali sejarah disebalik bulan muharram..
dek kerana nama bulan dalam bahasa arab..
maka ramai lagi yang masih keliru..

muharam tu bulan apa ye? kenapa nama muharram?  

mungkin masih keliru dengan nama2 bulan dalam kalendar islam..
ramai yang tahu bulan syawal.. ramadhan..
Ohh.. bulan tu kena puasa.. yeayy!!! lepas penat puasa boleh sambut hari raya!!

tapi bila sebut nama bulan islam yang lain..
semua terkedu.. ada apa dengan bulan2 tersebut? 
kalau bulan januari, mac, april tu tau la..
sebab seharian kita didedahkan dengan kalendar orang putih ini.. 
cuba kalau kita didedahkan dengan kalendar islam.. 
mesti kita semua akan sentiasa ingat tarikh dalam bulan islam.. sejarah yang berlaku..
termasuk tarikh lahir kita sendiri! why not kan?

nak ceritanya disini..
ramai dikalangan kita yang masih belum menyedari kepentingan kalendar islam ini..
bila disebut new year..
semua orang tersenyum ceria..

yeayyy!!!!!! cuti!!!!!!!
''kena beli baju baru ni.. kasut baru.. beg baru.. tukar kereta baru..''
dan sebagainya..

Antara fungsi tahun baru biasanya :-
-untuk meraikan betapa bertuahnya kita dapat meraikan tahun baru.. 
''boleh tengok bunga api.. boleh pergi dataran merdeka..''
-untuk meraikan panjangnya umur kita dari mereka yang dah mendahului kita berjumpa tuhan yang Esa..
''panjang lagi umur aku.. masih boleh enjoy..''
-untuk meraikan yg kita dah semakin matang, dan meningkatnya umur..
-tak kurang juga hanya sekadar untuk meraikan hari cuti satu dunia..
''boleh lepak dengan kawan2...''

hmm.. 
apa kata tahun ini kita lainkan sedikit..
kita baca sejarah awal bermulanya jejak kalendar islam dan sebarkan pada orang lain.. 
mungkin sedikit informasi ini berguna bagi mereka yang masih belum faham dan tahu kewujudan kalendar islam ini..



jom jelajah sekejap..

Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam.
 Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam.

Kalendar ini berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.
Dalam takwim Hijrah, ada 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah.
Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.

Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula selepas anak bulan (hilal) kelihatan ketika matahari terbenam.
Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan itu, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari itu dikira sebagai hari yang ke-30.
Pencerapan atau rukyah itu haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya di hadapan pemimpin negara.

Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Kab ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah SAW.
Peristiwa ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab adalah titik tolak perubahan takwim hijrah yang mana Khalifah Umar mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.
Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Dalam perbincangan itu, pendapat 'Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam. Mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.

 Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asy’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.

Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.
Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.

Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.

Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang Arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.

Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang.
Tetapi hari menurut syarak yang diberi definisi oleh fuqaha' dimulai dengan terbit fajar sadiq sehingga jatuh matahari.
Pada zaman sekarang, menurut orang Eropah, hari dimulai pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam berikutnya.

INFO 
Orang Arab menamakan lima bulan dengan nama musim walaupun ia tidak lagi tepat seperti dialami sekarang. 
Contohnya, Ramadan yang berasal daripada al-Ramada' bermaksud sangat panas, tidak selalunya jatuh pada musim panas. 

Begitu juga dua Jamad (Jamadilula/Jamadilawal dan Jamadilakhir) tidak selalunya jatuh pada musim sejuk walaupun Jamad bermaksud beku.

Muharam pula dinamakan demikian kerana salah satu bulan yang diharamkan berperang. Manakala Safar pula ertinya kosong, kerana isi negeri menjadi kosong disebabkan penduduknya keluar berperang selepas Muharam.

Rabiulawal dan Rabiulakhir dinamakan demikian kerana kedua-duanya jatuh pada musim bunga (Rabi') waktu nama itu diberikan. 
Rejab pula ertinya bulan yang dihormati kerana mereka menghormatinya dengan meninggalkan peperangan. Sehubungan itu, ia termasuk di dalam salah satu bulan haram. 

Syaaban (bercabang) pula mendapat namanya kerana kabilah-kabilah Arab berpecah dan bercabang untuk berperang selepas duduk diam pada bulan Rejab. 
Dinamakan bulan Syawal kerana pada bulan itu unta mengangkat ekornya kerana hendak mengawan, berasal daripada akar kata syala (mengangkat). 

Zulkaedah ertinya duduk, iaitu bulan yang mereka duduk di rumah tanpa peperangan. Zulhijjah pula diambil namanya daripada perkataan hajj (bulan Haji). 

Perbezaan jarak antara tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah 622 tahun, tetapi jarak perbezaan ini semakin berkurangan sedikit demi sedikit. 
Ini kerana setahun Hijrah qamariyah mengandungi 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat.
 Sedangkan setahun Masihi shamsiyah mengandungi 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat dan perbezaan keduanya ialah 10, 11 atau 12 hari dalam setahun, iaitu terpulang sama ada salah satu atau kedua-duanya tahun kabisah. 
Dengan kiraan ini jelaslah bahawa setiap 33 tahun Hijriyah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi. Oleh itu tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertemu atau sama harinya pada setiap lebih kurang 33 tahun sekali. 

ini pula link untuk menukar tarikh lahir anda yg biasa ke dalam bulan islam..


No comments:

Post a Comment

unzur akhor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...