tahun baru dunia

Dengan nama Allah yg Maha pengasih lagi Maha penyayang..


   Bercerita mengenai tahun baru.. pelbagai perkara baru yg kita idam2 kan akan terlintas difikiran..
azam baru, kereta baru, rumah baru tu biasa lah bagi masyarakat sekarang.. semua benda patut dibarukan.. sejak dari kecil lagi kita memang disogokkan dengan benda baru kalau dah masuknya tahun baru.. betul tak?

   Tapi pernah kita terfikir saudara kita yg jauh nun berada di negara yg tengah ditindas.. dihina.. di injak2.. dan bermacam2 lagi untuk melupuskan umat islam dimata dunia.. pernakah anda terfikir seawal usia mereka yg cuba menginjak kaki dialam dunia.. mereka disambut dengan tangan2 kotor yg cuba merampas tanah tempat lahir mereka.. yg membunuh saudara, abg kakak, ayah dan ibu mereka..

   Sedang kita yg bahagia dalam negara merdeka disini.. mencari dosa.. onar merata2.. anak2 menderita tanpa ayah dan ibu kerana zina.. tangan yg cuba membersihkan hanya sedikit cuma.. itupun dikeji, dikutuk, dipenjara. dimanakah tanggungjawab kita?

   Remaja sibuk terkinja2.. dipadang yg dikira syurga dunia.. itu di ibu negara.. ya.. tak kurang juga dirumah..
ibu ayah lupa.. teknologi di hujung dunia.. internet, tv, radio.. sibuk berbicara keseronokan dunia.. di didik dengan tompok hitam dosa sekecil zarah dihati mereka.. 

  Masuk disekolah.. terasa anak selamat dengan asuhan cikgu dan ustaz ustazah.. tapi apa yg terjadi sebaliknya.. sekolah tempat berkongsi dunia fesyen, dunia teknologi.. dan bermacam2 lagi..

   Binalah akhiratmu.. kitalah penggerak dunia.. yg boleh mencuci tangan2 kotor mereka..

sabda rasullullah: 
“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara :
1) Sedekah Jariah, 2) Ilmu yang bermanfaat, 3)
Anak soleh yang mendoakan keatasnya”
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]


     Sedarlah.. musuh kita disini dan disana sama! tangan yg cuba mengotorkan hati2 kita adalah sama! Syaitan, Nafsu, dan Syaitan yg bertopengkan manusia..
kita disibukkn dgn urusan dunia.. keluarga kita.. fikirkan dimana mereka ketika ini,. 
adakah bersama mereka yg dapat menjamin akhirat kita.. atau tengah lalai dengan tahun baru dunia??



No comments:

Post a Comment

unzur akhor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...