muasofat tarbiyyah?? ape tu?

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

        Hari ini saya ingin kongsikan mengenai MUASOFAT TARBIYAH.. apa tu muasofat tarbiyah? macam pernah dengar.. tapi kat mana ye? bagi yg pernah dengar mungkin ia dah sinonim dengan status bagi seorang pendakwah.. tapi bagi siapa yg belum tahu lagi.. JOM! kita berkenalan dengan muasofat tarbiyah.. tak kenal maka tak cinta kan? hehe.. ^_^ curi masa kejap baca ni ok?

        Muasofat tarbiyah tu ialah ciri-ciri yg perlu ada dalam diri setiap individu muslim.. apa itu muslim? muslim tu orang islam.. ciri2 ini juga perlu ada bagi melengkapkan lagi keluhuran budi pekerti kita ummat nabi Muhammad S.A.W sebagai seorang khalifah di muka bumi.. apa itu khalifah? khalifah tu ketua ataupun pemimpin.. kita semua adalah muslim @ makhluk yang dipilih Allah sebagai pemimpin bagi seluruh isi dunia.. jadi dengan sebab itu, garis panduan ini perlu ada dalam diri setiap orang islam untuk menjadi daie @ pendakwah..

        Pendakwah tak semestinya kena orang yg alim sangat.. solat 24 jam... puasa setiap hari.. pergi haji setiap minggu.. bagi ceramah setiap masa.. tapi pendakwah mestilah seorang yg budi pekertinya menunjukkan ciri2 seorang muslim sejati dan melambangkan akhlak rasulullah.. dengan berpegang pada muasofat tarbiyyah yg digariskan oleh As-syahid Imam Hassan Al-Banna inilah kita boleh menjadi pendakwah yg insyaAllah diredhai Allah Taala.. ok! taknak sembang kencang kat sini.. jom tengok ciri2 tu..

1) Salimul Akidah = Akidah yg sejahtera
     -sentiasa ingat Allah dan cintakan nabi
     -sentiasa ingat mati
     -selalu berzikir dan selawat
     -sering bertaubat dan menjauhi dosa
     -menjaga kebersihan hati

2) Sahihul Ibadah = Ibadah yg betul
     -sentiasa perbetulkan amalan
     -tahu halal dan haram
     -bersederhana dalam setiap urusan

3) Matinul Khuluq = Akhlak yg mantap
     -ikut akhlak rasulullah
     -tegas
     -benar dalam kata2 dan perbuatan
     -ikhlas
     -peka
     -berlumba buat kebajikan

4)Mutsaqqafal Fikri = Luas pengetahuan
     -tahu berita dunia islam dan pengetahuan am
     -bersumberkan Al-quran dan hadis serta ulama' yg thiqqoh
     -banyak membaca 
     -pakar dalam bidang yg diceburi
     -kuasai kemahiran terkini

5)Qawiyul Jismi = Kuat tubuh badan
     -Diet seimbang, makan sekadarnya
     -bersukan
     -tidur optimum
     -menjaga kebersihan
     -pemeriksaan kesihatan

6)Qadirun ala Kasbi = Mampu berdikari
     -bersikap ihsan dalam bekerja
     -ada simpanan
     -menjauhi riba'
     -menjauhi kemewahan dan pembaziran
     -tidak mengharap orang lain

7)Mujahidun Linafsihi = Mampu kawal nafsu
     -ingat janji dan amanah
     -berazam dengan kuat
     -pelihara diri dan maksiat dari kelalaian

8)Harithun ala Waqtihi = Menjaga masa
     -jaga kualiti solat
     -menjaga dan menepati waktu dengan baik
     -isi waktu dengan ingat Allah

9)Munazamun fi Syu'unihi = Tersusun urusannya
     -tersusun  masa
     -tak menangguh kerja
     -menjaga penampilan
     -berdisiplin
     -tidak tergesa-gesa

10)Nafiun li Ghairihi = Bermanfaat untuk orang lain
     -mahukan kebaikan untuk org lain
     -memenuhi hak orang
     -menolong org yg memerlukan
     -bergaul dgn semua lapisan masyarakat
     -sedia terima kritikan dan memberi nasihat


 So! let's build your self to be a good muslims.. saya suka sebut muslim ten (muslim teens) hehe.. merosakkan bahasa english.. hihi.. jom jadi daie! (baca dengan penuh semangat!)  urm!! let's go! chayo'!




 Jom baca doa ni.. moga dikuatkan semangat kita untuk jadi daie dan khalifah yg beriman dan soleh solehah dimuka bumi Allah.. InsyaAllah..


        

No comments:

Post a Comment

unzur akhor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...