Kelebihan 4 kalimah

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

             -sejak akhir2 ni sy selalu merasa sunyi.. ntah sunyi tanpa kata, mencari-cari hikmah yg tersembunyi disebalik apa yg terjadi dalam kamus kehidupan seorang siswi yg hidup diperantauan.. mungkin kecelaruan fikiran yg terlampau extrem disebabkan banyak fikir soal dapat grade ke tak sem ni.. dapat balik ke tak sem ni.. soal ukhuwah antara sahabat2.. soal apa yg akan dibuat di Malaysia nanti andai dapat grade.. apa langkah yg perlu dilakukan untuk isi masa kosong sementara tak dapat kerja lagi.. dan banyak lagi.. sampai terlupa yg blog sendiri pun dah sunyi, lama menanti tuannya ziarah teratak 'dihatiku' ni.. hmm..
           
             Nak dijadikan cerita sy memang rajin bukak FB tiba2 tengah melilau tengok post2 org lain... terlihat intaian tazkirah pendek ni.. jom kita amalkan.. moga sy dan kalian dan mereka yg berasa sunyi diluar sana berasa terisi hati dan hari2 kalian dgn kalimah ini.. kalimah yg punya banyak kelebihan dan pastinya membantu kita dikala sunyi yg sebenar dialam kubur nanti..  moga kita semua berada dibawah naungan rahmat Allah insyaAllah... amin..



             Kelebihan 4 kalimah (Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir) yang diajar oleh al-Fadhil al-Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman (link fb) hafizahullah dalam siri majlis ilmu beliau.

1. Ucapan yang sangat disukai/dikasihi oleh Allah. 

Dari Samurah Bin Jundub RA, Nabi SAW bersabda: 

أحب الكلام إلى الله تعالى أربع , لا يضرك بأيهن بدأت : سبحان الله , والحمد لله , ولا اله إلا الله , والله اكبر

Maksudnya: “Ucapan yang paling disukai oleh Allah ialah empat, tidak ada salahnya kalimah mana pun yang kamu memulakan membacanya(iaitu):

ُسُبْحَانَ اللهِ, وَالْحَمْدُ لِلهِ, وَلاَ اِلَهَ اِلاَ اللهِ, وَاللهُ اَكْبَر" - Hadith Riwayat Muslim 

2. Ucapan yang sangat disukai oleh Nabi SAW

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

لأن أقول : سبحان الله , والحمد لله , ولا إله إلا الله , والله اكبر أحب إلي مما طلعت عليه الشمس

Maksudnya: “Aku mengucapkan سُبْحَانَ اللهِ, وَالْحَمْدُ لِلهِ, وَلاَ اِلَهَ اِلاَ اللهِ, وَاللهُ اَكْبَر
lebih aku sukai daripada benda yang disinari cahaya matahari " - Hadith Riwayat Muslim 

3. Pahala yang amat besar. 

Dari Ummu Hani’ RA dia berkata, Nabi SAW menziarahinya, maka dia berkata:

: إني قد كبرت وضعفت , أو كما قالت , فمرني بعمل اعمله وأنا جالسه . قال : (( سبحي الله مائة تسبيحه , فإنها تعدل لك مائة رقبة تعتقينها من ولد إسماعيل , واحمدي الله مائة تحميده , تعدل لك مائة فرس مسرجه ملجمه تحملين عليها في سبيل الله , وكبري الله مائة تكبيره , فإنها تعدل لك مائة بدنه مقلده متقبله , وهللي مائة تهليله , قال ابن خلف احسبه قال تملأ ما بين السماء والأرض , ولا يرفع يومئذ لأحد عمل إلا أن يأتي بمثل ما أتيت به
Maksudnya: "Aku sudah tua dan lemah.” Atau seperti yang dia katakan, “ Katakan kepadaku suatu amal yang boleh aku lakukan dalam keadaan duduk.” Nabi SAW bersabda, “Bertasbihlah seratus kali, kerana ia menandingi seratus hamba sahaya yang kamu merdekakan daripada keturunan Ismail. Bertahmidlah seratus kali kerana ia menyamai seratus kuda lengkap persiapan perang yang kamu berperang di jalan Allah. Bertakbirlah seratus kali kerana ia menyamai seratus unta(yang dihadiahkan) korban yang diterima. Bertahlillah seratus kali, Abu Khalaf berkata, aku kira dia berkata, ia memenuhi antara langit dan bumi dan tidak diangkat suatu amalan dari seseorang yang lebih utama daripada amalmu kecuali jika dia melakukan seperti apa yang kamu lakukan" - Hadith hasan, Riwayat Ahmad

4. Penghapus dosa kecil.

Daripada 'Abdullah ibn 'Amru RA, Nabi SAW bersabda: 

ما على الأرض رجل يقول : لا إله إلا الله , والله اكبر , وسبحان الله , والحمد لله , ولا حول ولا قوة إلا بالله , إلا كفرت عنه ذنوبه ولو كانت أكثر من زبد البحر 
Maksudnya: "Tiada ada seorang lelaki di atas bumi yang berkata: " لا إله إلا الله , والله اكبر , وسبحان الله , والحمد لله , ولا حول ولا قوة إلا بالله" melainkan Allah mengampunkan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan" - Hadith hasan, Riwayat Tirmizi

5. Ia menjadi tanaman syurga.

Daripada 'Abdullah ibn Mas'ud RA, Nabi SAW bersabda:

لقيت إبراهيم ليلة أسري بي , فقال : يا محمد أقرئ أمتك مني السلام , واخبرهم إن الجنة طيبه التربة , عذبة الماء , وأنها قيعان , غرسها سبحان الله , والحمد لله و ولا إله إلا الله , والله اكبر

Maksudnya: "Aku pernah bertemu Ibrahim pada malam ketila aku dibawa berjalan malam(Isra'). Lalu Ibrahim berkata: Wahai Muhammad, sampaikanlah salamku kepada umatmu, dan beritahulah mereka, bahwa suyrga itu tanahnya sangat baik, airnya bersih, dan sesungguhnya syurga itu qi'an(tanah yang luas lagi rata, tiada tumbuhan, tanahnya subur), tanamannya ialah " سبحان الله , والحمد لله و ولا إله إلا الله , والله اكبر" - Hadith hasan, Riwayat Tirmizi.

6. Panjang umur dalam Islam, banyak bertasbih bertahmid bertahlil dan bertakbir.

Daripada 'Abdullah ibn Syaddad RA:

أن نفرا من بني عذرة ثلاثة أتوا النبي صلى الله عليه وسلم فأسلموا , قال : فقال النبي صلى الله عليه وسلم : (( من يكفينيهم )) قال طلحة : أنا , قال : فكانوا عند طلحه فبعث النبي صلى الله عليه وسلم بعثا فخرج فيه احدهم فاستشهد , قال : ثم بعث آخر , فخرج فيهم آخر فاستشهد , قال : ثم مات الثالث على فراشه , قال طلحه : فرأيت هؤلاء الثلاثة الذين كانوا عندي في الجنة , فرأيت الميت على فراشه أمامهم , ورأيت الذي استشهد أخيرا يليه , ورأيت الذي استشهد أولهم آخرهم , قال : فدخلني من ذلك . قال : فأتيت النبي صلى الله عليه وسلم فذكرت ذلك له , قال : فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما أنكرت من ذلك , ليس أحد أفضل عند الله من مؤمن يعمر في الإسلام يكثر تكبيره وتسبيحه وتهليله وتحميده

Maksudnya: "Tiga orang daripada bani Uzrah berjumpa Nabi SAW dan memeluk Islam, maka nabi SAW bertanya, "Siapa sanggup menjaga mereka?". Jawab Talhah, "Saya". Maka mereka tinggal bersama Talhah, kemudian nabi menghantar satu pasukan jihad, salah seorang daripada mereka keluar bersama rombongan dan mati syahid. Kemudian, nabi SAW menghantar pula kumpulan yang lain, salah seorang daripada mereka keluar bersama rombongan dan mati syahid. Manakala seorang lagi kawan mereka mati di atas tilam di rumahnya. Kata Talhah, Aku bermimpi bertemu mereka di syurga, aku melihat orang mati di atas tilam di hadapan dan aku melihat orang yang mati syahid yang keduanya di belakangnya, dan orang yang mati syahid yang pertama sekali di belakang mereka. Maka aku berasa pelik tentang keududkan mereka. Maka aku bertemu nabi SAW dan menceritakan kepadanya. Maka Rasulullah SAW bersabda: "Apa yang engkau pelikkan, tidak ada seorang pun yang lebih afdhal di sisi Allah daripada seorang mukmin yang panjang umurnya di dalam Islam, banyak bertakbir, bertasbih, bertahlil dan bertahmid" - Hadith hasan, Riwayat Ahmad 

7. Allah memilih 4 kalimah ini untuk hamba-hambaNya.

Daripada Abu Hurairah dan Abu Sa'id RA, Nabi SAW bersabda:

إن الله أصطفى من الكلام أربعا : سبحان الله , والحمد لله , ولا إله إلا الله , والله اكبر , فمن قال : سبحان الله كتب له عشرون حسنه , وحطت عنه عشرون سيئة, ومن قال : الله اكبر فمثل ذلك , ومن قال : لا إله إلا الله فمثل ذلك , ومن قال : الحمد لله رب العالمين من قبل نفسه كتبت له ثلاثون حسنه , وحط عنه ثلاثون خطيئة


Maksudnya: "Sesungguhnya Allah memilih empat kalam iaitu: " سبحان الله , والحمد لله , ولا إله إلا الله , والله اكبر". Maka sesiapa yang menyebut Subhanallah ditulis baginya dua puluh kebaikan dan dihapuskan daripada dua puluh kejahatan. Sesiapa yang menyebut Allahu Akbar, maka akan mendapat seperti itu juga. Sesiapa yang menyebut Lailahaillah, maka akan mendapat seperti itu juga. sesiapa yang menyebut Alhamdulillahi Rabbil Alamin, secara sukarela, ditulis baginya tiga puluh kebaikan dan dihapuskan daripadanya tiga puluh kejahatan" - Hadith Sahih, Riwayat Ahmad 

8. Perisai daripada api neraka.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
(( خذوا جنتكم )) قلنا : يا رسول الله صلى الله عليه وسلم من عدو قد حضر ! قال : (( لا , بل جنتكم من النار , قولوا : سبحان الله , والحمد لله , ولا إله إلا الله , والله اكبر , فإنهن يأتين يوم القيامة منجيات ومقدمات , وهن الباقيات الصالحات

Maksudnya: "Ambillah perisai kalian!” Kami bertanya,” Wahai Rasulullah adakah musuh telah datang ?” Nabi Menjawab,”Bukan, akan tetapi perisai dari api neraka. Katakanlah ‘سبحان الله , والحمد لله , ولا إله إلا الله , والله اكبر’ sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat mennyelamat dan mendahulukannya. Ia amalan yang kekal" - Hadith Sahih, Riwayat al-Hakim

9. Ia menunggu dan mengingati orang yang mengucapkannya.

Daripada Nu'man bin Basyir RA, Nabi SAW bersabda:

إن مما تذكرون من جلال الله التسبيح والتكبير والتهليل والتحميد , ينعطفن حول العرش لهن دوي كدوي النحل تذكر بصاحبها , أما يحب أحدكم أن يكون له, أو لا يزال له من يذكر به
Maksudnya: "Orang-orang yg mengingati keagungan Allah dengan tasbih, takbir, tahlil serta tahmid, maka kalimat itu akan mengelilingi Arasy Allah dengan suara mereka seperti suara lebah, mengingati orang yang menyebutnya. Apakah kalian tidak suka ada yang mengingati kalian?" - Hadith Sahih, Riwayat Ahmad, al-Hakim dan Ibn Majah

10. Sangat berat di atas neraca timbangan.

Daripada Abu Salma RA, nabi SAW bersabda:

بخ بخ، – وأشار بيده بخمس – ما أثقلهن في الميزان : سبحان الله , والحمد لله , ولا إله إلا الله , والله اكبر , والولد الصالح يتوفى للمرء المسلم فيحتسبه 


Maksudnya: "Bertuah, beruntunglah, baginda mengisyaratkan dengan tangannya lima perkara, sangat beratlah timbangannya di atas neraca: "سبحان الله , والحمد لله , ولا إله إلا الله , والله اكبر" dan kematian anak yang soleh yang dikasihi oleh seorang muslim, maka dia mengharapkan pahala daripada Allah" - Hadith sahih, Riwayat al-Hakim, dipersetujui oleh az-Zahabi

11. Kalimah yang baginya sedekah.

Daripada Abu Zar RA, beberapa orang sahabat berkata kepada Nabi SAW:

يا رسول الله ذهب أهل الدثور بالأجور , يصلون كما نصلي , ويصومون كما نصوم , ويتصدقون بفضول أمولهم , قال : (( أو ليس قد جعل الله لكم ما تصدقون ؟ إن بكل تسبيحه صدقه , وكل تكبيره صدقه , وكل تحميده صدقه , وكل تهليله صدقه , وأمر بالمعرف صدقة , ونهي عن المنكر صدقه , وفي بضع أحدكم صدقه )) , قالوا : يا رسول الله أيأتي احدنا شهوته ويكون له فيها اجر؟ قال: (( أرأيتم لو وضعها في حرام أكان عليه وزر ؟ فكذلك إذا وضعها في الحلال كان له أجر
Maksudnya: "Wahai Rasulullah, golongan hartawan telah membolot dengan pahala yang banyak. Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, tetapi mereka dapat bersedekah dengan dengan kelebihan harta mereka' Nabi bersabda: "bukankah Allah telah jadikan kepada kalian apa-apa yang boleh disedekahkan? Sungguh setiap tasbih itu sedekah, setiap takbir itu sedekah, setiap tahmid itu sedekah, setiap tahlil itu sedekah. Memerintahkan kebaikan melarang dari kemungkaran itu sedekah. dan pada kemaluan kalian itu ada sedekah." Mereka bertanya 'apakah jika kami menyalurkan syahwatnya apakah ada padanya pahala?' Nabi menjawab:"Apa pendapat kalian jika itu(kemaluan) disalurkan kepada yang haram apakah ada padanya dosa? Begitu pula(sebaliknya) ketika itu(kemaluan) diletakkan pada yang halal maka ada padanya pahala" - Hadith Riwayat Muslim 

12. Sebagai ganti bagi orang yang tidak mahir membaca al Quran. 

Daripada Ibn Abu Aufa RA;

جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله إني لا أستطيع أن أتعلم القرآن , فعلمني شيئا يجزي , قال : (( تقول : سبحان الله , والحمد لله , ولا إله إلا الله , والله اكبر , و لا حول ولا قوة إلا بالله )) . فقال الأعرابي : هكذا وقبض يديه – فقال : هذا لله , فما لي ؟ قال : تقول : (( اللهم اغفر لي وارحمني وعافني وارزقني واهدني )) فأخذها الأعرابي وقبض كفيه , فقال النبي صلى الله عليه وسلم : (( أما هذا فقد ملأ يديه بالخير


Maksudnya: "Telah datang seorang lelaki menemui Nabi SAW, lalu berkata :"Aku tidak mampu belajar sedikit pun dari al-Quran, maka ajarilah aku sesuatu yang dapat menggantikannya. Nabi SAW bersabda: Ucapkanlah; "سُــبْــحَــانَ الله،وَالْحَــمْــدُ لله،ولاَ إلـــَه إلاَّ الله والله أكْـــبَــرُ،وَلاَ حَوْ لا ولا قُــــوَّةَ إلا بـــِالله" Maka orang kampung a'rabi tadi menggengam tangannya seraya berkata: "Ini adalah hak Allah, mana pula bahagian saya? baginda bersabda: "Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, selamatkanlah aku, berikanlah rezeki kepadaku, dan berilah hidayah kepadaku". Maka a'rabi itu mengambilnya dan menggengam tangannya lagi. Sabda nabi SAW: "Orang ini telah memenuhi tangannya dengan kebaikan" - Hadith Hasan, Riwayat Abu Daud dan an-Nasaie

No comments:

Post a Comment

unzur akhor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...